Diari Berahi Yasmeen

Friday, December 15, 2006

Mak VS Mak Mertua

Filed under: Bosan — Yasmeen @ 12:03 am

Aku call mak bagitau yang aku nak kahwin. Mak memang terkejut. Banyak yang mak tanya. Mungkin dia hairan sebab aku tak pernah cakap dan mak tak pernah tau yang mak yang aku ada teman lelaki. Mak pertikaikan tentang pelajaran aku. Tapi tu bukan masalahnya. Aku rasa takde bantahan dari mak. Mak kata dia akan bincang dengan abang dan akak aku.

Hari ni aku menyatakan persetujuan aku pada bos. Bos angguk je. Aku tak ada pilihan lain. Perut aku akan membesar. Aku takut. Bos bagi aku syarat. Dia tak nak aku bebas bergaul dengan lelaki lain lagi sebab dia mesti jaga nama baik dia. Dia tak nak orang nampak aku dengan lelaki lain. Malam nanti bos akan bawak aku kerumah keluarga dia kat Bukit Antarabangsa. Aku pernah jumpa Tuan ***** masa mula-mula keje dulu. Bapak En.Saiful tak nampak garang sangat. Dia gatal sikit. Tapi mak En.Saiful aku tak pernah jumpa lagi. Malam ni aku akan jumpa keluarga bakal suami aku. Aku bertambah takut.

“awal bulan depan? Kenapa cepat sangat?” Puan Sharifah tiba-tiba letakkan sudu dipinggan dan pandang En.Saiful dan aku silih berganti.
“mama jangan ingat kami dah terlanjur pulak eh? Mak Yasmeen ni dah bising kitorang kehulu kehilir berdua, ikut Epul ke UK la, Indonesia la, Singapore… mak dia risau” En.Saiful bercerita panjang.
“yelah kau tu usung anak dara orang jauh-jauh. Si Faizal tu kana de, yang pompuan jugak yg kau nak bawak” Puan Sharifah membebel.
“dah girlfriend Epul, mestilah nak bawak hehehe…” En.Saiful senyum-senyum kambing. Aku pun senyum-senyum berlakon tersipu malu.
“tak nak tunggu habis belajar dulu ke Yasmeen? Bila habis?” Puan Sharifah tanya aku.
“Errr… Februari depan puan…” tu je yang aku jawab.
“Eh, jangan la panggil Puan pulak. Panggil Auntie sudah la” aku tersipu malu lagi.
“ala Mama ni, habis belajar ke tak habis ke, dia kan keje ngan Epul” En.Saiful terus mengunyah nasi dengan penuh selera.

Malam tu aku tak tau ape yang aku dah buat. Aku rase cam tak caye keje gile ni. Aku nak kahwin? Dengan bos aku pulak tu. Tak pernah aku berangan semua ni. Sekarang aku ketakutan sebab En.Saiful ingat aku mengandung 2 minggu. Sedangkan aku sebenarnya dah mengandung sebulan. Macam-macam yang aku fikir. Maklumlah orang kalau menipu kan memang jiwa tak tenteram. Dengan mood aku yang turun naik ni, kejap rasa nak kahwin, kejap rasa tak nak, kejap rasa nak gugurkan je budak dalam perut ni.

Masa En.Saiful hantar aku balik, awek dia call dia, dia masih berbual macam biasa dengan awek dia. Bersayang-sayang, bermanja-manja. Aku cuma diam je. Aku tak rasa cemburu. Tak pulak rasa marah. Tapi rasa macam aku tengah berlakon filem. Bakal suami aku bermanja-manja dengan perempuan lain depan aku.

“kenapa diam? Pasal Kamalia ke? Nanti I akan terus terang kat dia, u jangan risau apa-apa” En.Saiful bersuara memecah kesuanyian.
“eh, I tak kisah bos, lepas kahwin, kalau u nak terus dengan dia pun I tak kisah” aku bersuara dengan penuh yakin.
“u jangan nak merepeklah. Nanti I cakaplah dengan dia. U bagi I masa sikit je” En.Saiful memandang aku. Aku terus diam. Seseungguhnya aku ikhlas tidak meletakkan apa-apa syarat pada En.Saiful sebab aku tau dia takde hati kat aku. Walaupun dia gatal tapi tak mungkin dia boleh cintakan aku dan senang-senang nak terima aku sebagai isteri kalau bukan kerana dia rasa bersalah pasal kes Amman tu.

About these ads

14 Comments »

  1. Serangkai mawar yang ku kirimkan kini tinggal layu. Aku tak sanggup menahan hati mu kerana ku bukan lagi kumpulan kupu-kupu hiasan dinding mu…….

    Comment by Harry — Friday, December 15, 2006 @ 1:46 am

  2. camne ni girl? kawen gak ker? pastu abis ekk?

    Comment by Sleeping Beauty — Friday, December 15, 2006 @ 3:40 am

  3. mesti si joni frust muahaha… padan muke ko Joni

    Comment by Sleeping Beauty — Friday, December 15, 2006 @ 3:40 am

  4. Meen,
    Just a thought, tak salah love after marriage kan.

    Comment by Hezry — Friday, December 15, 2006 @ 4:34 am

  5. erm…..rase2 nye mcm ader udang d sebalik mee je kebaikan en. sepul ni…hehe….
    sibuk jer la ko ni SB…asyik kacau aku jer….
    sian ler kt meen 2….hehehe…

    Comment by joni — Friday, December 15, 2006 @ 1:00 pm

  6. yasmeen.. nnt email i bleh?

    Comment by que — Friday, December 15, 2006 @ 2:53 pm

  7. oi Joni! ptoih! kehkehkeh… mane ade udang. yasmin tak makan seafood la kan dia penah tulis :p aku tau la ikan jos pon ko tibai kehkehkeh…
    lantak la yasmin, asalkan ada yg cover anak lam perut ko tu, lepas tu ape nak jadik, jadik laaa… takde hal :p

    Comment by Sleeping Beauty — Sunday, December 17, 2006 @ 2:35 am

  8. MEEN…BOSS SEPUL KO TU IRAS2 SAPO ERKK??MANO TAU KOT TURUN PARAS RUPE DIA PD BABY KO…:):)

    Comment by NEMO — Tuesday, December 19, 2006 @ 8:33 am

  9. bukan anak bos sepul la. anak orang lain. tak tau la anak sape hehehe…

    Comment by Yasmeen — Tuesday, December 19, 2006 @ 8:40 am

  10. AKU TAU LE BKN ANAK C SEPUL..KOT LE ESK2..KO DOK TELEK MUKER ‘SUAMI’ KO..MAU TUMPAH KE MUKER BABY GAK IRAS2 TU..AHAK AHAK

    Comment by NEMO — Wednesday, December 20, 2006 @ 2:54 am

  11. takde… takde.. nanti aku try adjust kasi iras muke ko la nemo…

    Comment by Yasmeen — Wednesday, December 20, 2006 @ 5:53 am

  12. WAKAKKAKAKAK…AKU X MASUK LER DLM SKRIP ‘FANTASI’ KO NI MEEN..

    Comment by NEMO — Thursday, December 21, 2006 @ 2:50 am

  13. ko nak masuk ke nemo? nak masuk gitau tau jangan malu-malu :p aku leh rekemen :p

    Comment by Sleeping Beauty — Thursday, December 21, 2006 @ 8:47 am

  14. rekemen la SB. teringin nak projek dnegan nemo plak laaa… mesti lentik-lentik cam ikan nemo gak :p

    Comment by Yasmeen — Friday, December 22, 2006 @ 4:21 am


RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

The Banana Smoothie Theme. Blog at WordPress.com.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 162 other followers

%d bloggers like this: