Diari Berahi Yasmeen

Tuesday, December 12, 2006

Terus Dalam Kegelisahan

Filed under: Penyesalan — Yasmeen @ 2:11 am

Usia kandungan ini sudah hampir sebulan. Aku tak boleh tunggu lama lagi.
“kalau ko nak gugurkan, gugurkan dari awal, tapi ko fikirlah masak-masak” Zamri memandang aku penuh simpati.
Bukan simpati yang aku sekarang ni. Aku perlukan idea. Aku perlukan jalan penyelesaian segera.

Tentang rancangan jahat aku dengan Faizal, aku masih memikirkan sama ada idea itu relevan dan selamat atau tidak. Aku sangat takut sekarang ni. Apatah lagi hormon aku berubah dan emosi aku seringkali terganggu. Aku sangat takut. Aku tak pernah merasakan ketakutan seteruk ini. Setiap hari aku rasa nak nangis bila fikirkan semua ni.

Aku kepejabatan seperti biasa. En.Saiful masih tertanya-tanya kenapa aku berubah sekarang. Ada jugak dia bertanya Faizal tapi Faizal pura-pura tak tau apa-apa. Dia panggil aku masuk bilik dia. Dan inilah masanya untuk aku memulakan semuanya. Aku tak merancang untuk melakukannya pada tarikh tertentu. Tapi disebabkan dia dah panggil aku, aku teruskan saja rancangan itu.

“kalau u ada masalah, cakap je anytime, I kan bos u, walaupun u baru beberapa bulan kat sini, tapi pekerja I adalah tanggungjawab I” En.Saiful memulakan bicara.
“Bos, I dah banyak terhutang budi dengan bos. Bos ambik I keje ni pun I bersyukur sangat, sekurang-kurangnya I dapat sambung degree I” aku mula menyusun ayat.
“kalau u rasa tak selesa kat sini atau tak selesa dengan I, u cakap je, kita boleh bincang” En.Saiful nampaknya sedang berusaha untuk tahu apa punca sebenarnya perubahan aku.
“biar i berterus terang…” akhirnya aku menceritakan kepada bos aku bahawa aku sedang mengandung. Tetapi aku tak beritahu usia sebenar kandungan aku kerana aku telah merancang untuk memerangkap Amman. Lelaki yang telah menghina aku hari tu.
En.Saiful nampaknya sangat terkejut. Dia betul-betul tak tau yang aku dan Amman dah terlanjur sejauh itu pada pertemuan pertama. Dan dia nampaknya sangat marah.
“jangan bos… tak guna bos bagitau dia” aku menghalang En.Saiful yang mula mendail nombor telefon Amman.
“dia mesti bertanggungjawab!” En.Saiful masih berkeras.
“dia tak kan mengaku itu anak dia sebab masa kami ‘bersama’ memang I dah tak ada dara” Aku tunduk.
“tak ada dara?” En.Saiful sekali lagi terkejut.
“ye, I tak ada dara lagi. Dia dah tinggalkan I 5 tahun lalu” Aku tunduk lagi. Tak mampu rasanya nak menatap wajah bos sebab aku rasa hina membuat pengakuan begitu.
“jadi anak tu memang anak Amman, dia tetap kena bertanggungjawab. U dah mengandung Yasmeen, benda tak boleh disembunyikan lagi, perut u akan membesar” Bos tenung aku. Aku terus tunduk.
“ni semua salah I kan? Kalau I tak suruh u jumpa dia…” En.Saiful kelihatan kesal.

En.Saiful berjanji akan menyelesaikan masalah aku secepat mungkin. Dia minta aku bersabar sementara dia cari Amman. Aku keluar dari bilik bos dengan wajah sugul. Faizal menghampiri aku.
“macam mana?”
“aku dah cakap kat bos apa yg kite plan tu. Tapi aku tak taulah macam mana…”
Aku pandang Faizal. Dia angguk-angguk.
“ko sabarlah. Aku rasa dengan cara tu je boleh tutup malu ko ni nanti” Faizal genggam tangan aku.
“Errr tapi anak ni bukan anak aku kan?” Faizal bertanya. Aku senyum.
“bukanlah… aku mengandung baru sebulan la…” aku senyum. Faizal pun senyum :p

Balik rumah aku tengok Zamri dan Shima sedang makan dimeja makan.
“makan?” Shima tegur aku.
“bile u balik?”
“baru 2-3 jam lepas…”
Shima terus menyuap makanan ke mulutnya. Dah 2 minggu tak nampak muka dia. Jarang sangat aku bercakap dengan dia.
Shima seorang pramugari. Masa dia jumpa aku dulu aku ingatkan dia cina. Muka dia memang macam cina. Lepas aku balik dari UK hari tu, aku plan nak cari rakan serumah bukan kerana aku sunyi, tapi aku takut kalau Izham, anak Zaki sugar daddy tua aku dulu tu, korang ingat lagi budak bernama Boy yang selalu ugut aku tu? Aku takut betul dengan budak tu. Walaupun aku pernah projek dengan dia beberapa kali tapi dia tu kepala tak betul, kadang2 romantik, kadang2 tiba-tiba naik angin tuduh aku rampas harta bapak dia, tuduh aku punca kematian Zaki.

Ah, entah kenapa sejak akhir-akhir ni aku asyik teringatkan kisah dulu. Berbalik pada cerita Shima. Aku terus terima dia sebagai rakan serumah sebab dia la orang pertama yg call aku sejak aku iklankan mencari rakan serumah. Mase tu aku tak tau dia pramugari. Rupanya sama je ada rakan serumah atau takde, dia selalu takde kat rumah. Dan dia pun lebih kurang je macam aku. Kaki jantan. Tapi dia bukan macam aku. Jantan dia semua hebat-hebat. Salah sorang darinya abang Navy yang aku larong dulu tu hehehe…

Sejak aku mengandung, aku tak berminat langsung pasal sex. Tengok lelaki pun aku jadi benci. Aku jadi bosan dan rasa nak marah pada lelaki. Buat masa ni, takde pulak aku mengidam apa-apa.

“macam mana?” Zamri duduk disebelah aku.
“macam mana apa?” aku buat-buat tanya. Sebenarnya aku tak berminat nak bincang pasal masalah aku ni. Tapi aku tak sampai tengok kesungguhan Zamri. Dia betul-betul nak tolong aku. Lepas aku call dia bagitau yg aku mengandung, dia terus datang sini. Dia memang baik. Buat masa ni dia jelah yg selalu ada dengan aku waktu aku susah atau senang. Itupun mungkin kerana aku ni sepupu dia.

Aku pening memikirkan siapa sebenarnya bapa kepada anak aku. Mungkin Zamri. Mungkin Juga Aie. Atau Kamal, atau Haizan, atau Casey. Aku tak pasti. Kalau diberi pilihan, aku rasa aku akan pilih Aie. Entah kenapa aku betul-betul tertarik pada dia. Aku projek dengan dia pun sebab aku suke kat dia. Dan aku tak pasti, adakah tindakan aku betul kalau Amman bersetuju berkahwin dengan aku. Yang pastinya bukan Amman bapa sebenar pada anak ini. Sebab masa aku projek dengan Amman, aku dah tau yang aku mengandung 2 minggu. Ahh… pening!

Bercakap pasal kahwin, aku teringatkan Ustaz Rochi. Mungkin ini balasan aku terhadap setiap apa yang aku lakukan pada lelaki baik macam utaz. Entah apa dia buat sekarang. Lepas aku balik dari UK dan larikan diri dari berkahwin dengan dia, aku takde jumpa dia lagi. Kat kolej pun aku tak jumpa dia sebab aku part-time student dan kelas aku hanya 3 hari seminggu, itupun pada waktu malam.

Sudahnya masalah aku masih berlegar ditempat yang sama. Tiada jalan penyelesaian. Aku buntu. Mungkin tiada sesiapa yang dapat membantu aku. Saat ini barulah aku terkenangkan masa silam aku. Dulu aku Cuma budak kampung. Aku tipu mak aku. Aku kata aku kerja kilang kat KL. Hakikatnya aku bekerja sebagai GRO. Aku jumpa Zaki kat sebuah club dan disitulah kisah hidup aku bermula sebagai perempuan simpanan kepada lelaki tua. Namun itu bukan kali pertama aku kenal sex.
Sebelum tu dah ramai yang sentuh aku sejak aku sekolah menengah. Abang aku sendiri pun pernah sentuh aku. Ahhh.. keluarga aku memang tonggang terbalik. Bapak aku kaki judi, kaki pompuan. Hidup kami susah. Bini baru bapak aku dah buang bapak aku sejak bapak aku kena angin ahmar. Mak aku sendiri pun tak nak terima bapak aku lagi sebab marahkan bapak aku diatas sikap bapak aku dulu. Mak aku layan bapak aku macam anjing masa bapak aku sakit sampai la bapak aku mati. Kadang-kadang aku benci mak aku. Memang aku benci bapak aku tapi bila dia sakit macam tu aku rasa sedih. Tak sampai hati tengok mak aku buat dia macam tu.
Abang aku dulu pernah kahwin. Anak dia pun dah 3. Abang Long aku kongkek aku pun masa tu dia masih lagi bersama kak long aku. Sekarang mereka dah bercerai sebab kak long aku dah ada lelaki lain. Abang long aku pun nampaknya dah berubah sejak bertunang dengan kak Rozzie. Tak lama lagi mereka pun nak kahwin. Akak aku nampaknya tak banyak masalah. Dia duduk asrama sejak tingkatan satu dan belajar di USM penang. Jadi dia tak banyak melalui kesukaran yang aku rasakan sebab dia jarang ada kat rumah. Masa dia banyak kat hostel untuk belajar. Sekarang ni pun dia keje kat penang. Raya baru kami jumpa. Aku anak ketiga. Rasanya korang pun tau sejarah hidup dan aku aku lakukan kan? Adik bongsu aku masih sekolah. Baru je habis SPM baru-baru ni. Dia pulak aku tak taulah. Aku harap dia jadi orang berguna satu hari nanti. Dalam adik beradik aku, nampaknya akulah yang paling teruk kan?
Ahhh… aku rasa benci pada diri sendiri. Entah kenapa aku ingat semua kisah silam ni. Aku tak salahkan sesiapa. Inilah jalan yang aku pilih. Memang aku sekolah tak pandai. Kalau aku tak jadi GRO, tak kenal Zaki, tak mungkin aku sambung belajar macam sekarang ni. Dan aku mungkin masih lagi seorang GRO. Setiap kejadian dalam hidup aku ada buruk baiknya tapi entah kenapa aku terus berada dijalan salah yang kotor ni. Argghhh….Aku benciiii!!!

About these ads

22 Comments »

  1. ala jangan la insaf dulu min, aku nak request banyak benda ni

    Comment by Azizan — Tuesday, December 12, 2006 @ 5:05 am

  2. Erm…congratulation girl 4 continue, actually it was a cold starting after a long “rest”, however i belive this stories will be more xciting because it was wrote by having daily experience. U still wrote it with you’r own style plz stay the way is it, because the “beuty is there”. Tak ramai yang mampu utk menulis sebaik ini,(atau seikhlas ini @ harry teringat cerita “Dogie Howser” di mana setiap hari menulis kisah serta kesimpulan hidup utk sehari) mungkin ada sedikit kesilapan tatabahasa tapi kebiasaan penulisan ada editor yg membuat “correction”.
    Well last but not least keep up a good job meen@girl.

    Comment by Harry — Wednesday, December 13, 2006 @ 3:44 am

  3. thanks Azizan.
    thanks Harry. Bukan senang la i rase. kadang² stress. Bukan senang nak buat penipuan ni. Nak reka cerita. Nak susun fakta. Leh jadi giler… :p

    Comment by Yasmeen — Wednesday, December 13, 2006 @ 4:52 am

  4. hello, panjang story u, anyway menarik gak, so can communicate?

    Comment by Zam — Wednesday, December 13, 2006 @ 7:13 am

  5. aku rasa lebih menarik lagi jalan cerita ni. lepas ni mesti kisah kecurangan seorang isteri kan? best ni

    Comment by rizal — Wednesday, December 13, 2006 @ 9:20 am

  6. MEEN…MAKE SURE HAPPY ENDING TAU:):)

    Comment by NEMO — Thursday, December 14, 2006 @ 2:53 am

  7. mane boleh happy ending. baik dibalas baik. jahat dibalas jahat :p

    Comment by Yasmeen — Thursday, December 14, 2006 @ 6:32 am

  8. KASI TUKAR LE…2007 ALMOST CUMIN MAAA…NGEHNGEHNGEH

    Comment by NEMO — Tuesday, December 19, 2006 @ 8:38 am

  9. gaya penulisan bertambah baik…baik buat koleksi cerpen…bukan senang nak reka cerita, leh pecah kepala cari idea…..

    Comment by yan — Wednesday, December 20, 2006 @ 5:36 am

  10. wooo nak kasi tukar pompuan jahat dapat laki alim ulamak pastu idup bahagi atanpa pembalasan yang sepatutnya? best tu. tapi karma tetap karma laaa.. tu la problem hehehe

    Comment by Yasmeen — Wednesday, December 20, 2006 @ 8:49 am

  11. NAMA PON FANTASI….BELASAH JER!

    Comment by NEMO — Thursday, December 21, 2006 @ 2:55 am

  12. smile

    Comment by haris — Friday, December 22, 2006 @ 7:04 pm

  13. sy rasa ni msti pengalaman awk..

    Comment by ash — Monday, December 25, 2006 @ 10:00 pm

  14. Hai meen,saya baru terbuka web anda ini secara tak sengaja sewaktu melayari lelaman internet.Apa pun saya amat menggemari jalan cerita yang anda garap dan paparkan untuk halayak pembaca.Seolah sedang membaca novel penulis yang hebat.Tak sabar nak menunggu episod selanjutnya.Salam perkenalan.

    Comment by Tunku Mimi Sumayyah Bertha — Sunday, January 14, 2007 @ 2:23 pm

  15. haii girl…

    saya baru terjumpa web u ni…memang exciting..u memang pandai membuat cerita…so tujuan i email ni ialah untuk discuss ngan u..i bercadang nak buku kan semua cerita u ni dalam sebuah novel.sebab i mempunyai kawan yang kerje publisher..i tak tau ape u punya pandangan cuma i menganggap sekiranya u tak reply email i dalam masa 2 minggu i consider u agree dengan planing i ni..please respon to my my email i ASAP.

    Comment by alang — Tuesday, January 30, 2007 @ 3:24 am

  16. jangan mimpilah nak buat novel kisah macam ni kat malaysia wakakaka. u sekadar ada kawan, tapi i memang dalam syarikat penerbitan. so i tau sangat prosedur kat malaysia ni. so u jangan harap la nak buat novel macam ni kat malaysia. hahaha…

    Comment by berahi — Tuesday, January 30, 2007 @ 4:21 am

  17. la…. mana nak tau dia nak publish kat luar ker….

    Comment by cilired — Saturday, February 24, 2007 @ 11:44 pm

  18. congrats

    Comment by draman muhamad — Tuesday, March 27, 2007 @ 2:41 pm

  19. kak hang stady kt usm?..school mana?..mn tau kot2 aku kenai..kehkehkeh

    Yasmeen : sila bezakan cerita fantasi dengan reality. terima kasih

    Comment by mie — Wednesday, June 13, 2007 @ 3:29 pm

  20. hi meen.. mana permulaan nya.. i nak baca dari awal.. tq

    Comment by awe — Sunday, July 22, 2007 @ 11:28 am

  21. Meen mmg best….

    Comment by Ved — Tuesday, January 6, 2009 @ 11:31 am

  22. Meen, thanks for coming back. Fantastic, if add in photos will be better. My wife & I always fucking harder after reading this. Nowadays, I used candle on her tits…and belasah her kelentit until she moaned fully satisfied with my “tujahan,,, tqvm..meen

    Comment by Le — Friday, October 30, 2009 @ 1:22 pm


RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

The Banana Smoothie Theme Blog at WordPress.com.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 159 other followers

%d bloggers like this: