Diari Berahi Yasmeen

Saturday, December 16, 2006

Kursus Kahwin

Filed under: Bosan — Yasmeen @ 12:03 am

“dah bangun ke belum?” suara En.Saiful dicorong telefon.
“belum…” aku duduk dari perbaringan.
“siaplah sekarang kejap lagi saya sampai. Bawak selendang tau…”
“mana ada selendang…”
aku pelik.
“haa takpe. Siap jelah nanti I sampai” En.Saiful memutuskan talian.
Selendang? Alamak, sape pulak mati ni? Apsal nak ajak aku pulak.
Aku bangun mandi. Rumah dia kat Subang Jaya bukan jauh sangat. Kejap lagi mesti sampai. Aku mandi cepat-cepat, secepat yang boleh. Tapi aku tetap lambat. 20 minit En.Saiful tunggu aku kat bawah.
“pakai ni” En.Saiful hulurkan aku selendang dalam plastic yang baru dia beli. Alamak merah? Aku perhatikan baju aku yang berwarna hitam tu. Ah, boleh laaa…
Perkara paling aku benci! Kursus kahwin!!! Huwaaaa…. Dulu aku penah pegi dengan ustaz. Boringnyer…. 2 hari pulak tu…

Kami kursus di SUK Shah Alam. Hari tu aku kursus kat Zura’s Academy, Bangsar dengan Ustaz Rochi. Ape la malang nasib aku kene pegi kursus yang membosankan ni sampai 2 kali. Sebenarnya aku tak perlu ambik kursus ni lagi. Tapi aku tak bos tau yang aku penah pegi kursus kahwin sebelum ni. Jadi terpaksalah aku layan je :p
Ustaz tu tegur aku, suruh aku pakai baju kurung pada hari ke-2. Memalukan betul. Manalah aku tau nak pegi kursus kahwin. Aku bantai jelah pakai seluar. Aku ingat nak pegi rumah orang mati. Aku takde baju putih jadi aku bantai la baju hitam. Ish..ish..ish..

17 Comments »

  1. Meen,
    Jangan lupa, lepas kursus kahwin kena buat saringan HIV plak. Itu rule nk kawin skang ni. hehehe

    Comment by Hezry — Saturday, December 16, 2006 @ 8:16 am

  2. kene ke? apsal aku dulu tak kena ekk? yasmin, ko kawen kat selangor takyah buat ujian HIV tu la jangan takot thehehe…

    Comment by Sleeping Beauty — Sunday, December 17, 2006 @ 2:36 am

  3. SB, skang dah kena la. I pun tak tahu gak, tp cousin I kawin lepas raya ituhr kena ooo.

    Comment by Hezry — Sunday, December 17, 2006 @ 3:41 am

  4. emmm….mmg skg ni dh kena wat laa…
    tknk kena kawin la kt wilayah persekutuan…
    hehehe……….

    Comment by joni — Sunday, December 17, 2006 @ 4:39 am

  5. ye ke? thehehe… sib baik aku kawen cepat² dah la nak kawen leceh buat itu ini… serik aku. ni la last aku kawen, pasni takmo kawen lagik dah thehehe….

    Comment by Sleeping Beauty — Sunday, December 17, 2006 @ 5:54 am

  6. SB…NX TIME JGN KAWIN..NIKAH JER..KWANG KWANG KWANG

    Comment by NEMO — Tuesday, December 19, 2006 @ 8:32 am

  7. rugi la kalau dia nikah je tapi tak kahwin. buang mase, bunag duit hahaha….

    Comment by Yasmeen — Tuesday, December 19, 2006 @ 8:39 am

  8. LPS NIKAH TU PEPANDAI LER WEII…KT SEKOLAH MMG X BELAJAR!!!WAKAKAKAAKKAA

    Comment by NEMO — Wednesday, December 20, 2006 @ 2:52 am

  9. jangan tak tau SB tu pemalu. tah² dah lama nikah masih dara hahaha…

    Comment by Yasmeen — Wednesday, December 20, 2006 @ 5:50 am

  10. JWB SB JWB…:):)

    Comment by NEMO — Thursday, December 21, 2006 @ 2:48 am

  11. wahwah korang! kemain lagi aku takde yeee… hamboiii *sambil cekak pinggang*

    Comment by Sleeping Beauty — Thursday, December 21, 2006 @ 8:43 am

  12. Hm… Boleh tak saudari berhenti daripada meneruskan blog berahi ni? Tolong ya…

    Saudari bukan sahaja merosakkan diri, tetapi juga para pembaca.

    Saya akui setiap orang ada kesukaran, dan kesedihan. Tapi semua tu x lama. Yang penting kita berusaha selagi mampu untuk buat yang terbaik dan berusaha supaya hari esok lebih baik bagi kita. Jangan berhenti berharap. Tuhan amat dekat.

    Semoga kita buat yang terbaik bagi sisa2x hidup yang masih tinggal ni. InsyaAllah, generasi seterusnya akan menyambung perjuangan kita untuk menjadi masyarakat yang baik.

    -syam-

    Comment by syam — Thursday, January 18, 2007 @ 12:25 am

  13. syam, merosakkan anak bangsa tu, biaselah… bergantu pada ‘anak bangsa’ tu sendiri nak pilih jalan baik atau buruk…
    tapi merosakkan mood orang ni dah dikira bullshit…
    suka, baca…
    tak suka, keluar! buat apa u nak sakitkan hati u sendiri?

    Comment by Yasmeen — Thursday, January 18, 2007 @ 1:18 am

  14. nak jadi masyarakat yang baik jangan masuk blog ni la syam. kalau ko baik sangat tak kan la ko boleh jump ablog ni. mesti ko search kisah-kisah berahi kan? hahaha cakap tak serupa bikin!

    Comment by Raimy — Thursday, January 18, 2007 @ 1:20 am

  15. ko baru jumpa blog ni ke syam? baca dulu dari mula sebelum nak komen. aku malas nak cakap dnegan org cam ko ni. jenis main cakap ikut sedap mulut. tak tau hujung pangkal tapi nak tarik perhatian orang. salah cara ko ni… lagi satu, ko boleh join la forum ehwal islam tu kalo ko baik sangat tak kan la ko ade kat sini hahaha… buduh!

    Comment by Sleeping Beauty — Thursday, January 18, 2007 @ 1:21 am

  16. kak meen, ko tak boleh block ke budak syam ni, merosakkan majlis je dia ni. sebelum ni takde pun orang buat hura kat sini. masing2 ada minat masing2, dia tak minat, blah la. sibuk kat sini apasal?

    Comment by Jking — Thursday, January 18, 2007 @ 1:31 am

  17. dah la syam, baliklah ketempat asal ko… hahaha…

    Comment by Rozzie — Thursday, January 18, 2007 @ 1:42 am


RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: