Diari Berahi Yasmeen

Wednesday, February 7, 2007

Hari Terakhir Di Hadyai

Filed under: Bosan — Yasmeen @ 3:27 am

Hari terakhir aku disini membuat aku merasa sunyi. Hati aku sangat berat untuk meninggalkan pantai indah ini. Sepanjang aku berada disini, tidak sehari pun aku berpuasa. Hari-hari Saiful tarah aku. Baru kini aku dapat rasakan kehidupan suami isteri.

Dalam masa yang sama, aku asyik menyanyikan lagu Spider tu tak kira masa. Bila ada masa terluang, saat Saiful tiada aku akan ke pantai mencari kelibat Zack. Van Zakri seorang lelaki yg sederhana, penuh misteri, cool dan selamba. Tapi apa yg buat aku tertarik padanya aku pun tak pasti.

Tamakkah aku pada saat aku memiliki suami, tapi hatiku masih mencari. Cintakah aku pada Saiful sepertimana cintanya seorang isteri kepada suami? Memang bangang hidup ni. Lagi difikirkan lagi bangang!

Saiful keluar awal pagi dan mintak aku kemas barang sebab lepas lunch, kami akan balik KL. Aku bersiap dan keluar kepantai. Mencari Zack. Zack tiada. Diatas batu, dibawah pohon atau dimana-mana. Bodohnya aku tak mintak contact number dia atau berikan saja contact numbe aku.

Aku pulang kebilik hotel dengan perasaan hampa. Aku tak kan berpeluang berjumpa Van Zakri lagi. Apa yang sering menjadi tanda tanya, mengapa dia terdampar di pantai itu? Kecewa ke dia? Putus cinta? Membawa hati lara? Sedih? Atau sekadar berehat? Entahlah, susah aku nak teka. Kang main teka-teka beriya, bukan aku tau pun jawapan aku betul ke tak hehehe…

p/s : nantikan catatan perjalanan pulang ke KL nanti.

8 Comments »

  1. alaaa..tunggu lagi?? hehe

    Comment by Bee — Wednesday, February 7, 2007 @ 5:01 am

  2. meen, tak yah create another character..at this moment concentrate ngan saiful je…tapi cite tu mesti byk explore…baru best…kalo rewang pun sesekali ngan ei atau zambri…tapi jgn sampai dah 9 bulan pun ko tak bersalin…rosak cite…or ko buat cite ko gugur ke…baru ngam..baru cite tak stop

    Comment by boyz — Wednesday, February 7, 2007 @ 6:44 am

  3. Ku dikejar bayang-bayang resah…
    Bila hatimu masih tak berubah…
    Enggan dipunya dan dipenjara…
    Belaian cintaku ini…
    (Nak dapat ilham kena dengar lagu spider ni….sebab lagu ni kalau compile kan pada jalan cerita Diari Berahi Yasmeen (DBY) is seolah mengambarkan tentang Yasmeen sebab Watak meen ni kata org Perak “MANGKAK” bermaksud degil tak serik2x tak nak berubah….kenapa u pilih lagu ni I rasa mesti ada relation dgn cerita u. Walau pun ia hanya 4 baris lirik tapi pada I ia sudah cukup menceritakan sifat MEEN.) Character VAN ZACK @(VAN ZAKRI) plot dia cukup gagah, Karektorr boleh pergi jauh. Tak ada sebab watak ini harus mati begitu sahaja.

    Comment by Harry — Wednesday, February 7, 2007 @ 7:24 am

  4. ok cantik! wujudnya watak Zack ni, aku rase memang lepas ni ade krisis best antara yasmeen dengan Saiful, gelombang rumahtangga akan bermula yahuuuuu!!!!

    Comment by Sleeping Beauty — Wednesday, February 7, 2007 @ 9:12 am

  5. plot ni memang cantik! aku tak sabar tunggu kisah balik KL dan kecurangan bermula!

    Comment by Dila — Wednesday, February 7, 2007 @ 9:18 am

  6. Hehehe… Baru masuk arie nie…
    Dah blog ketiga laa plak. Ingat dah insaf dah arie tue.. :p

    Comment by RaiE — Wednesday, February 7, 2007 @ 3:33 pm

  7. macam best jugak citer ni ek.. cepatlah mana sambungannya!!

    Comment by kamitaken — Wednesday, February 7, 2007 @ 4:10 pm

  8. Bee – sabar la…
    boyz – tukar2 jantan best! meriah!
    Harry – sedap suara!
    SB – ko ni memang pelik la!
    Dila – curang memang best! kalo kantoi pun best :p
    Raie – hi darling! nak kiss sikit boleh? rindu la… :p
    kamitaken – sabar…

    Comment by berahi — Thursday, February 8, 2007 @ 3:49 am


RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a reply to Bee Cancel reply

Blog at WordPress.com.