Diari Berahi Yasmeen

Friday, February 23, 2007

Kepulangan Saiful Dan Hutang Zack

Filed under: Bosan — Yasmeen @ 12:06 am

Hari ini Saiful pulang. Lepas tinggalkan Zack dengan Ann kat Pan Pac KLIA sabtu lepas, aku terus hilangkan diri hingga ke hari ini.
Aku habiskan masa sendirian dirumah. cuma 2 hari lepas aku ajak Shima jalan-jalan ke Amcorp Mall. Window shopping dan makan-makan. Ini kali pertama kami keluar bersama. Sebelum ni kami tak rapat sangat dan hanya bertemu kat rumah sekali sekala masa aku duduk kat Brunsfield sebelum kahwin. Itupun sebab aku terdesak sangat boring takde kawan dan tiba-tiba teringat Shima.

Pagi ni, bila aku on handphone aku, ada 72 missedcalls dan 9 sms dari Zack. Aku abaikan semua tu. Pastinya kehilangan aku selama 3-4 hari ini menjadi tanda tanya kepada Zack. Aku hanya berikan ruang pada Zack untuk bersama Ann. Dan aku tak nak dia simpan harapan apa-apa pada aku kerana aku isteri orang dan aku Cuma nak berseronok dan saja suka-suka. Aku takde niat nak serious dengan Zack. Aku Cuma tertarik dnegan dia tapi bukan untuk bercinta sebagai pasangan kekasih. Dan satu lagi, aku belum bersedia nak bayar hutang Zack iaitu menjelaskan tentang status diri dan kandungan ni. Aku malas!

Zack call aku mase aku dengan Shima tengah minum petang. Aku jawab panggilan dia seolah-olah takde ape yg berlaku. Dia nak jumpa aku. Aku beritahu dia suami aku akan balik hari ni dan aku akan jumpa dia bila ada masa yang sesuai. Zack memujuk aku dan kelihatan sangat terdesak.

“please la Meen, i perlukan sangat penjelasan u, i mesti tau sape u yang sebenar” suara Zack kedengaran merayu.
Aku diam. Tarik nafas. Adakah aku dah menipu Zack? Adakah perbuatan aku salah? Zack tak pernah tanya dan aku tak pernah cuba nak bagitau dia.

Zack nak tau sapa aku yang sebenar!!!
Zack nak tau sapa aku yang sebenar!!!
Zack nak tau sapa aku yang sebenar!!!
Zack nak tau sapa aku yang sebenar!!!
Zack nak tau sapa aku yang sebenar!!!
Zack nak tau sapa aku yang sebenar!!!
Zack nak tau sapa aku yang sebenar!!!
Zack nak tau sapa aku yang sebenar!!!
Zack nak tau sapa aku yang sebenar!!!
Zack nak tau sapa aku yang sebenar!!!
Zack nak tau sapa aku yang sebenar!!!

Baiklah!
Aku akan bagitau!

Aku mintak izin Saiful untuk balik kampung, jumpa mak aku kat Kuantan. Saiful izinkan dan dia nak hantar aku balik kampung, aku menolak sebab aku ada rancangan lain.
Tapi Saiful berkeras dan aku mengalah.

6 Comments »

  1. tq for the update..ni yg dinantikan oleh peminat blog ni.
    keep the good word..

    yg benar,
    http://kisahaku.wordpress.com

    Comment by kisahaku — Friday, February 23, 2007 @ 12:50 am

  2. i pun nak tau saper u yang sebenarnya?🙂

    Comment by haris — Friday, February 23, 2007 @ 1:44 am

  3. ala…sibuk la zack ni..nak tau apa lagi..kan meen dah kasi tau dia ngandung…sah sah la meen bini org….

    mendesak la plak zack ni..ke dia geram lom sempat sentuh tau2 meen dah ngandung ekekekeeke…

    ops…speku la pulak…sorry eheheheehehe

    Comment by LoisLane — Friday, February 23, 2007 @ 6:25 am

  4. alaaa meen ape susah ko sms jek website nie kat si mamt terdesak tuh… suruh baca jek… takyah jelas…. hehehehhehehe emosional lak aku… akhirnya shima ade timbul balik… tapi kasik life laa skit kat watak dia meen….

    ok caloooo’s….

    Comment by dex — Friday, February 23, 2007 @ 6:54 am

  5. Apa yang menarik hati seorang lelaki terhadap seorang perempuan. ? Apa yang membuat lelaki memburu atau pun membeli jiwa seorang wanita.?

    Comment by Harry — Friday, February 23, 2007 @ 4:12 pm

  6. harry sikap lelaki memang tak masuk akal. kadang2 lelaki tak berakal

    Comment by Miza — Sunday, February 25, 2007 @ 12:26 am


RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: