Diari Berahi Yasmeen

Sunday, February 25, 2007

Kowloon City, Hongkong!

Filed under: Diari Kehidupan — Yasmeen @ 12:12 am

Kami tiba di Former Kai Tak Airport, Kawloon City jam 2 petang. Bandar itu terlalu asing bagi kami. Aku tak penah sampai Hongkong, begitu juga Zack.

Kami menginap disebuah hotel di Kansu Street. Kami menaiki MTR (kalo kat KL panggil LRT) dan berhenti di Yau Ma Tei Station. Berjalan disepanjang Nathan Road tak rase meletihkan sebab kat situ ada bazaar bernama Jade Market sepanjang 2km. Gile! Aku dah jalan sejauh 2km rupanya.

Cuaca tak terlalu sejuk. Ala-ala dalam aircon je tapi baju sejuk diperlukan sebab cuaca sejuk ditambah dengan tiupan angin memang boleh menggigil.

Kami ambik bilik hotel yang mempunyai 2 katil berasingan. Malam tu kami makan ikan bakar sebab tu je makanan yg tak payah sembilih. Makanan ruji disini dah tentulah nasi putih dan babi. Tak kira babi panggang, babi goreng, atau sup babi, pendek kata babi merata-rata. Ada jugak sayur-sayuran dan penduduk sini memang takleh kalo tak makan sayur, tapi cara masak sayur tu la yg buat aku takleh makan sayur sebab kebanyakkan masakan berkuah, dorang akan letak arak untuk tambah sodap! Sodap la sangat!

Malam tu kami borak panjang dalam bilik. Disebabkan aku dah jalan sejauh 2km nak ke hotel tadi, maka aku kepenatan dan malas nak keluar walaupun suasana malam kat Kowloon city memang meriah dan havoc gile. Esok jelah, hari ni tak larat! Ni semua driver taxi tu punye pasal la, aku nak duduk hotel yang dekat dengan tempat membeli belah, dia pun bagitau aku yang Yau Ma Tei adalah syurga membeli belah kat Kowloon ni. Maka aku tak jadi naik taxi dan ikut cadangan driver taxi tu supaya ambik MTR.

Jauh gile, dari airport, taxi hantar kat Kowloon Bay Station, aku nampak Star Cruises dari dalam MTR kat The Ocean Terminal. Terminar tu kat Harbour City, aku akan kesana nanti sebab aku ade nampak satu shopping kompleks besar kaler pink kat situ tapi aku tak tau lagi camne nak pegi sebab nampaknye jauh dari station tu. Nantilah aku tanye budak hotel.

Pastu macam-macam tempat MTR berhenti dekat 9 station baru sampai Yau Ma Tei station kalo tak silap pengiraan aku la. Kami teruja dengan suasana di Hongkong ni sampai terlupa tentang masalah kami kejap.

Malam tu aku terus terang kat Zack yang aku ni isteri orang. Dan aku memang mengandung dan aku jugak cakap anak ni bukan anak suami aku. Takde la aku cerita dari A to Z. Cukuplah sekadar aku cerita sikit-sikit.

Zack kata dia dah suka kat aku. Dia nak pitam bila dengar aku cakap yg aku dah kahwin dan sedang mengandung kat Ann hari tu. Oh ye, cakap pasal Ann, isnin lepas dia dah balik Japan dan lepas tu Zack balik naik cab ke Damansara Indah sebab call aku tak dapat hehehe…

Ann ingat aku merajuk sebab tak muncul-muncul lagi lepas tu dan Zack pun dah terus terang kat Ann yang dia suka kat aku. Takde maknenye! Aku dah kahwin, bukan boleh kahwin dua pun hehehe…

Anyway, Ann sebenarnya dalam dilema, disaat dia sedang belajar untuk menjadi wanita sejati, dia jatuh cinta pada suami orang selepas membawa hati bila Zack hilangkan diri masa kantoi kes lesbi dia ngan Claudia dulu.
Skarang ni cinta terlarang Ann takde kesudahan. Suami orang tu anak dah 3, khabarnya menyintai Ann tapi masih takde kata putus tentang hubungan diorang. Lelaki tu tak berani nak beritahu keluarga dia apalagi bini dia. Dan Ann masih terus sabar menanti dan menanti.

Susah jugak, lelaki japanese bukan macam kita, boleh kahwin sampai 4. kat negara jepun tak dibenarkan berpoligami. Dan bayangkan lelaki tu terpaksa menukar agama dan tinggalkan terus anak dan isterinya kalau dia memilih Ann. Tak kan Ann pulak yang nak tukar agama, nauzubilah!

Dan malam tu Zack mintak penjelasan tentang hubungan kami. Zack kata dia tak kisah dan bersedia ambik risiko bercinta dengan aku secara serious sebab dia betul-betul sukakan aku. Nak tau jawapan aku?

Bersambung…

12 Comments »

  1. wah expert tul ko jalan kat kowloon

    Comment by Miza — Sunday, February 25, 2007 @ 12:36 am

  2. yeah yg ditunggu dah tiba… aku nyampah tul ngan siri bersambung dia ni *jotos pala shikin*

    Comment by Sleeping Beauty — Sunday, February 25, 2007 @ 12:42 am

  3. cis ingatkan dah main dah :p tapi akak tau dah jawapan ko hehehe

    Comment by Rozzie — Sunday, February 25, 2007 @ 12:57 am

  4. akak sb dan roziee
    sabar je la…
    kena la bg hangat dulu kan

    Comment by kisahaku — Sunday, February 25, 2007 @ 11:33 am

  5. wah aku boleh feel macam aku ade kat situ. jalan cerita padat dan jelas

    Comment by Dila — Sunday, February 25, 2007 @ 11:52 am

  6. meen I adala
    …masuk ym blk… asal u sign out?

    Comment by Van_Zack — Sunday, February 25, 2007 @ 12:11 pm

  7. cehh.. meen cm pnh gi hong kong je… nnt kita pg lagi sekali eh.. masa honeymoon…I pn dh lupa nama jln2 yg kita pg tu.. U lak blh igt hehe…

    Comment by Van_Zack — Sunday, February 25, 2007 @ 12:22 pm

  8. Salamz,
    …? jelik babi, benci arak? confirmed its not d real ‘yasmeen’, if based on previous blog update ler… mungkn ada mamat perasan dh takeover 2 sbb dok naik nama 2 jer, jeleskah aku? mungkin tidak!
    Ingat lak kenangan di Songkhla, lapo lpas tarah pompuan siam, psan bli makanan, mintak lauk ikan+sayur tapi dpt dging babi gak, sebab lapo sgt daging 2 letak tepi, kira halal la tmakan kuah je… moral of d story, no moral needed if fantasizing, rite?

    Comment by Pez2KcgPeaze — Sunday, February 25, 2007 @ 12:40 pm

  9. 1 i respect sgt kat . citer u mula ada ilmu…

    Comment by haris — Sunday, February 25, 2007 @ 3:29 pm

  10. MIZA – main hentam je
    SB – sonok buat siri samarenda ni main sambung2… hahaha
    kak ROZZIE – biarlah rahsia
    DILA – ko dah feel takat mane dah tu dila?
    VAN – bz la tadik
    kacangPIS – aku tak paham ah ko cakap ape
    HARIS – ilmu ape nyer? thehehe…

    Comment by berahi — Monday, February 26, 2007 @ 8:14 am

  11. Hai meen..i semakin suka kat u dan cerita u.i yakin ni citer betul u.dan buat i sebak dan terharu ,pandangan u terhadap Murtad,u tulis takkan Ann nak tukar agama pulak..i gembira statement u tu.U perihatin.Syabas.

    Comment by Tunku Mimi — Monday, February 26, 2007 @ 12:21 pm

  12. aik..mana jawapan u tu kat van tu meen…x pun hehehe

    Comment by abcdead123now — Monday, February 26, 2007 @ 2:33 pm


RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: