Diari Berahi Yasmeen

Friday, March 9, 2007

Tiada Kesudahan

Filed under: Diari Kehidupan, Penyesalan, Suratan Atau Kebetulan! — Yasmeen @ 12:02 am

Setelah 2 hari Saiful tak balik, bunyi kereta dia yg memasuki perkarangan rumah kami mendebarkan aku. Aku berpura-pura tengok tv. Dia masuk rumah bersama Kamalia dan terus naik keatas tanpa mempedulikan aku. Aku sedikit terasa. Bukan aku cemburu tapi aku terasa bagai dihina.
Aku kesunyian tapi takde mood nak cari kawan. Takde mood nak cari tempat meluah perasaan. Aku teringatkan Zamri. Sejak aku kahwin, sekali je aku projek dengan dia. Lepas tu kami jarang berhubung lagi. Kalau tak, dulu dia la yg selalu jadi tempat aku mengadu macam-macam sebab dia la sepupu aku yg paling rapat. Kami berkongsi rahsia dan segala-galanya termasuklah tubuh badan. Tapi aku rasa ini bukan masanya untuk aku mencari ketengan dengan cara itu. Aku terasa nak pergi jauh tapi tak baik untuk kandungan. Aku malas nak travel.

Sekarang aku rasa nak cari kerja nak lari jauh dari Saiful. Lagipun Saiful ada kes, mesti family dia tak pertikaikan kenapa aku hilangkan diri dan tinggalkan Saiful. So, aku dah selamat kat situ. Kredit kad yg Saiful bagi dah tak boleh pakai lagi, duit makin kurang, tak mungkin aku nak mintak dia. Selalu dia yang bagi sendiri. Tapi sejak aku balik dari Hongkong dia dah tak bagi aku duit lagi.

Sekarang aku nampak bagaimana dilema isteri yang tidak bekerja apabila suami mereka buat hal. Apatah lagi kalau mereka ada anak. Tapi dalam kes aku ni lain. Perjalanan hidup aku masih jauh. Aku kena teruskan jugak sebab tak mungkin aku dapat undurkan masa kembali ke zaman suci.

Kadang-kadang aku rasa akulah manusia yang paling tewas dalam peluang kehidupan yang tuhan berikan. Kadang-kadang aku rasa it’s OK aku buat macam ni. Perjalanan aku terhenti ke satu lembah yang kotor dan busuk. Aku boleh terus berhenti disitu dan bermastautin selama yg aku suka atau teruskan perjalanan mencari tempat baru yang lebih teruk atau yang lebih baik. Segalanya terpulang pada aku. Kerana aku sendiri yang menentukan perjalanan hidupku.

Masih tiada lagi penamat atau kata putus yang dapat aku buat. Aku jadi terlalu bodoh hingga terpaksa membiarkan apa yang berlaku didepan mata aku. Memang aku pernah berjanji dengan Saiful yang kami akan menjalani hidup masing-masing. Dia dengan hidup dia, dan aku dengan hidup aku. Tapi masalah kami sekarang, Saiful tuduh aku yang beritahu mama dia. Aku takde peluang nak menjelaskan apa-apa. Dia pulak tanpa usul periksa bantai aku cukup-cukup. Sejak semalam aku demam. Mungkin budak dalam perut ni terkejut.

Jeritan gurauan Kamalia dan Saiful ditingkat atas mematikan lamunan aku. Aku cuma mampu mendengar.
Ade ketukan dipintu. Mak mertua dan bapak mertua aku datang nak melawat aku. Alamak!

Bayangkanlah muka terkejut beruk mak mertua aku bila dengar suara gurauan mesra Kamalia. Aku tak terkata apa. Mak mertua aku naik kat atas. Aku kejar dia. Dia tendang pintu bilik aku tapi tak terbukak pun hahaha… Suara Kamalia hilang. Saiful bukak pintu. Dia ternganga. Kamalia separuh bogel, belum tanggal spender dan bra lagi. Keadaan katil bersepah-sepah. Bantal berada dilantai. Mungkin mereka bergurau senda main baling-baling bantal dan berkejaran didalam bilik. Mak mertua aku tempeleng muka Saiful. Aku dapat tengok wajah ketakutan Kamalia.
“mama tak penah ajar Epul macam ni” mak mertua aku mula nak menangis.
“kenapa Epul buat macam ni?” mak mertua aku separuh histeria.
Akhirnya mereka buat keputusan duduk berbincang. Mak mertua aku cuba selesaikan semua ni dengan baik. Tapi dia masih lagi maki hamun Kamalia. Minah tu diam je. Mak mertua aku buat keputusan paling sial! Dia suruh Saiful kahwin dengan Kamalia, jangan buat maksiat lagi.

What???

Mak mertua aku pujuk aku. Aku tak sure perasaan sebenar aku. Aku bukan cemburu tapi aku rase tak best! Macam sial! Tapi aku ada terfikir sesuatu. CERAI! Tapi aku belum suarakan pada sesiapa. Sebab tujuan utama aku berkahwin adalah untuk melindungi anak ni. Supaya anak ni ada bapak. So, kalau aku bercerai sekarang, takde maknanya. Lagipun aku mesti rujuk pada jabatan agama sebab benda-benda camni takleh ambik ringan. Aku perlu tau hak aku. Apa aku boleh buat dan apa aku tak boleh buat. Tapi tentang keputusan mak mertua aku tu memang mengejutkan aku. Aku boleh pilih bermadu atau bercerai.

Kami berbincang sampai pukul 5 pagi. Perbincangan tu banyak kepada bebelan terhadap perbuatan Saiful dan Kamalia. Aku tak kuasa nak join meeting bodoh ni tapi aku tak boleh tunjuk yang aku takkisah sangat. Cuma yang peliknya aku tak boleh nangis. Aku mesti nangis depan mak mertua aku tapi airmata aku tak kuar la plak. Cisss!!!

35 Comments »

  1. malang tak berbau bg saiful..

    anyway to all women,happy belated women day, dlm bahasa melayu,selamat hari wanita yg disambut setiap 8 mar.
    thank 4 every women 4 what u had done in this world.

    Comment by kisahaku — Friday, March 9, 2007 @ 12:22 am

  2. Kau nak ke bermadu ni Meen? Dulu masa zaman jadi gf Zaki
    dia pun tak ajak kau madu tau..engkau pun taknak kan masa tu..
    cuma time ni lain ckit laa kot…next…

    Comment by Eddie Van Halen — Friday, March 9, 2007 @ 1:21 am

  3. Expect the unexpected. Anyway life goes on neither we like it or not. Sad, no kinky part anymore. Real life situation wins. Bravo, stay tough.

    Comment by route66 — Friday, March 9, 2007 @ 1:23 am

  4. fuhhh… blum ape² dah nak madu…. ade expecting 3some ke nanti…. wekekekekekekek…. ishhh impian setip laki nie kot…. hmmmmm

    Comment by dex — Friday, March 9, 2007 @ 1:41 am

  5. apsal mak n bpk mentua kau ni slalu dtg umah korang
    mengejut 2 je…bagi lah notis ckit…
    kan dah susah..jd hal mcm ni…
    ko pesanlah kat laki ko tu…
    bagitau kat mak bpk dia…kalau nak dtg sms la dulu…

    Comment by Arbibi — Friday, March 9, 2007 @ 2:06 am

  6. aku takut nanti sepul tuduh ko lagi mengadu kat mak die smpai kantoi buat kali kedua…
    aku rase tak pyah lah ko nak bermadu ngn si kambinglia tu..hehehe
    nanti hidup ko lagi tersekse..
    blum bermadu ko ckp da tersekse..
    aku leh byangkan kalau ko da bermadu nanti…
    aku pun tak sanggup nak bermadu..

    Comment by elly — Friday, March 9, 2007 @ 2:21 am

  7. memang aku nak siksa Yasmeen la Elly hahaha…

    Comment by berahi — Friday, March 9, 2007 @ 3:00 am

  8. AKU SUKER AKU SUKER AKU SUKER……PERGHHHHHH SMBL2 MKN KOPOKS LEKOR NI LAYAN CITER KO MEEN….

    Comment by NEMO — Friday, March 9, 2007 @ 3:28 am

  9. AYAT NIE…
    Kadang-kadang aku rasa akulah manusia yang paling tewas dalam peluang kehidupan yang tuhan berikan…
    AMAT MENUSUK KALBU.

    Shikin,
    ko buat aku makin bersemangat menjadi `Penchenta Wanita’

    Comment by haris — Friday, March 9, 2007 @ 4:33 am

  10. so rude….bini ada bawak balik kamelia n bergurau senda..kalau dr awal nak gurau senda jgn kawin ngan meen hehe…mcm !#@#$%^ je saiful ni kan hehehe..

    eh meen…ni last entry b4 cuti ke..selamat bercuti..come back with lots more tau!!hehe

    Comment by LoisLane — Friday, March 9, 2007 @ 5:26 am

  11. so kau bertaubat laaaa………….
    kalau kau bertaubat camna lak citer ni kan meen……
    hehehehe……………….

    Comment by hasriq — Friday, March 9, 2007 @ 7:50 am

  12. uuu.. sepul merajuk dua ari… chett… kes kes kes kes… bila balik bawak betina lain plak.. ko baling je dgn high heels, biar melekat kat dahi tu.. kes kes kes kes…😛😛

    seksa yasmeen? heh, seksa lagi banyak-banyak.. ahaks…err.. seksa sexually ke seksa verbally or mentally?? buat laa sexual assault lagi skali (cam kes kene assault dgn rizal and the gang dulu) buat in details please….

    ohhh… kinky nye aku.. chett…

    Comment by ladyinblack — Friday, March 9, 2007 @ 7:52 am

  13. alah, takpe nanti boleh 3+, best giler tu…. nanti ko boleh layan saiful sekali ngan si kamelia tu boleh balas2 jilat…. hahahaha… best tu…..

    Comment by cilired — Friday, March 9, 2007 @ 9:00 am

  14. hish crazy!

    Comment by Rozzie — Friday, March 9, 2007 @ 9:14 am

  15. takpe meen..nanti bila u dah tua u bertaubat la…then u leh kenang semula zaman hitam u, masa tu u dah tua, nak sara idup wat la bisnes kecik2 jual nasi lemak ke..then ade lak tu mamat AJK kampung u yg minat kat org tua cam u time tu…ari2 die singgah beli nasi lemak u..dgn harapan die leh cuit buntut u yg dah tak baper kental time tu. anak ketua kampung lak cuba ambik kesempatan, lebih teruk lagi..bapak die pun ade hati kat u. time tu anak u dah darjah 4..u pun mula risau takut anak u nanti terjerumus cam jalan idup u..hari2 u sembahyang, berdoa, pompuan2 kampung lak ramai tak suka org cun cam u ni..mmg tiada kesudahan, yg ada hanyalah penantian, meniti hari yg tiada siapa tau.

    sekian,
    script editor, kui kui

    Comment by rei — Friday, March 9, 2007 @ 9:29 am

  16. Alamak… Ciannye si Saiful tu asyik kantoi je. Tu la lain kali jgn la buat benda x senonoh kat dlm rumah sendiri. Kalau nk buat pegi la kat umah org lain sbb kalau kantoi pun ngan mak org..keh keh keh..

    Comment by red — Friday, March 9, 2007 @ 10:15 am

  17. GIRL…….,
    biar pun nanti antara kita ada yg mungkin terkorban,
    biar pun nanti kita terhukum kerana melanggar kebiasaan…,
    sebelum gugur terpanah jiwa parah,
    jangan kau gugurkan air mata,
    sebelum putus tali tuhan yg Esa,
    jangan kau berputus asa,
    biar pun nanti ada yg mungkin menyesal,
    biar pun nanti kita terpaksa membayar harga yg tak setimpal……

    Comment by Ghost Rider — Friday, March 9, 2007 @ 12:21 pm

  18. apsal ghost? sebab dia tak layan ko ker? hahaha…

    Comment by Dila — Friday, March 9, 2007 @ 3:46 pm

  19. wakakakaka

    Comment by Sleeping Beauty — Friday, March 9, 2007 @ 3:46 pm

  20. Simple as don’t attach..even while having baby…..apa salahnya jadi single parent…u’r child will learn responsible…Watak yasmeen tu..ada advantage utk grow dari satu tahap ke tahap yg lain senang citer “asing”. Another is ia unik.

    Comment by Harry — Saturday, March 10, 2007 @ 2:30 am

  21. apsal lak crazy lak rozzie……… ok aper……..

    Comment by cilired — Saturday, March 10, 2007 @ 3:33 am

  22. DILA…,
    ha..! gelak! gelak! gelak la………………,
    tak pe………..,
    BEB, awak tak paham….. saya nye coment,
    tapi BEB, nak tanye cikit bleh tak?
    nape awak pnye ‘capital name-Dila’ colour biru mcam ‘berahi said’..,
    awak ngan dia ada kene mengene ke…………..?????????????????????????

    Comment by Ghost Rider — Saturday, March 10, 2007 @ 3:40 am

  23. Hoi………. korang ni masing2 coment…….)(*&^^%$@
    tak tau nak cakap la
    stim la plak kepala macam nak over dos
    blog ni tak lari macam kat Myspace tak pun FRIENDSTER,
    but it’s fun to me, nak layan coner kat blog ni

    Comment by Mard Gun Jazz — Saturday, March 10, 2007 @ 4:01 am

  24. HAI yasmeen,

    meen i nak tanyer ckit lar? kenapa cite u nie banyak berubah nape ngan u nie, i rase kan u nie tengah tension kot………………………

    Tapi tk per kalau cite tu berkisar pasal main pun tk best kan, tapi i rase jangan lar cite tu pasal penceraian tk best sangat lar……

    i appericiates kalau u bole terima ape yang i bagi advice nie

    KERULZ_79
    Feel For Freedom………………

    Comment by Kerulz — Saturday, March 10, 2007 @ 4:28 am

  25. meen, ko klu dah buntu sgt kepala pk cmner nak blah dri situasi ni ko email je aku. aku ni klu korang nak tau part time GI…O do klu ko boring je ko blh try ngan aku, mesti enjoy abis punyerrrrrrr

    Comment by alessandro — Saturday, March 10, 2007 @ 4:29 am

  26. ermm…
    lps ni leh la 3 some… huhuhu…
    best ker ek?
    huhuhu…

    Comment by shuk — Saturday, March 10, 2007 @ 5:18 am

  27. Meen, pandai u hidupkan watak-watak dalam citer u nie..jalan citer makin berkembang..aaakhir kata say NO SEX BEFORE MARRIED ok! hehehe…

    Comment by LanaLara — Saturday, March 10, 2007 @ 6:51 am

  28. ghost B,
    kalau nak nick ko jadi bold, letak la your website kat ruangan URL tu lol!

    Comment by Sleeping Beauty — Saturday, March 10, 2007 @ 8:32 am

  29. type url palsu pun boleh bold jugak nick la… hehehe baru tau

    Comment by Jeffery — Saturday, March 10, 2007 @ 8:37 am

  30. Bermaduuuuuuuuuuuuuuu gila apa!Meen u banyak ideanya kalahkan Erma Fatimah,Akak like………………………..

    Comment by JLO — Saturday, March 10, 2007 @ 10:58 am

  31. betul la meen, ko ni tah-tah yasmeen ahmad tak? citer ko kejap sedih, kejap happy, kejap aku rase nak marah, kejap aku rasa berdebar-debar, kejap aku rase stim dan gersang hahaha… olahan ko memang padat, semua perisa ade. tahniah!

    Comment by N/A — Sunday, March 11, 2007 @ 2:53 am

  32. ngantukkkk… malasnye nak update!!!!

    Comment by berahi — Sunday, March 11, 2007 @ 3:17 am

  33. Jgn paksa2 laa meen..

    Comment by Eddie Van Halen — Sunday, March 11, 2007 @ 4:39 am

  34. so…hows ur oustation meen?
    sampaike mana outstation tuh…..
    ada lg rupanya sambungannya…ingt mcm dah nak abes je…:P

    Comment by abcdead123now — Sunday, March 11, 2007 @ 12:02 pm

  35. mcm dah nak abis ke? yasmeen blom kene aids mane leh abis thahaha

    Comment by Sleeping Beauty — Monday, March 12, 2007 @ 6:48 am


RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: