Diari Berahi Yasmeen

Saturday, January 17, 2009

kali terakhir bersama Ayie

Filed under: Keagungan Tuhan — Yasmeen @ 3:00 pm

hari ni aku cuti. aku berangan nak bangun lewat tapi Laura dah bangun menangis seawal jam 8 pagi. Maka terpaksa la jugak aku bangun. buat susu dan mandikan dia sebab dia kencing + berak sekali plak. Ayie call aku ajak keluar. Aku mintak dia datang ambik aku tengahari sikit la sebab banyak keje nak buat. Nak kumpulkan baju kotor nak hantar dobi, nak siapkan Laura. nak kemas bilik. Nak kemas rumah.

Ayie sampai pukul 1 tgh tadi. kami pegi makan kat Restoran Bawang Merah depan SJMC kat subang jaya. Lepas tu kami ke Subang Parade membeli belah. Dah lame jugak aku tak bawak Laura jalan-jalan. Kami makan di Dave Deli dan habiskan masa sebentar di MPH. Last sekali beli baju kat Parkson. Sempat gak aku capai baju keje. Ayie berkeras nak bayar, tapi sebab aku ambik sampai 4 kemeja dan 1 seluar so aku segan la. maka cepat-cepat la aku bayar sendiri. sebenarnya aku berkenan handbag paris hilton tu tapi cam fancy-fancy sikit la tak sesuai nak bawak pegi opis so aku abaikan.

Ayie macam biase la. Masih dengan sikap penyayang dia tu. Kan best kalo aku kawen dgn dia dan kami bahagia sebagai suami isteri memandangkan dia mmg bapak kandung Laura. Aku padamkan angan-angan tu sebab Ayie dah kawen ngan Tiara skang ni. Aku memerhati setiap gerak geri Ayie penuh taksub dan kepalaaku tak putus-putus membayangkan kebahagiaan sekiranyakami bersatu sebagai sebuah keluarga yg bahagia. Laura sentiasa memeluk Ayie dalam dakapan. Dia kelihatan selesa bersandar dibahu Ayie. Mungkin Laura dapat rasakan itulah bapa kandungnya.

Tanpa aku sedari, Tiara memerhatikan kami dari jauh. Namun takde adegan kemesraan antara kami cuma cara kami keluarĀ  bersama tu ade la gak mcm suami isteri sebab bawak anak kecik kan.

Badan Laura cam panas pulak. Sebelum balik kami singgah ke Klinik Razana. Ayie mendukung Laura keluar dari kereta dan dalam sekelip mata aku nampak dengan mata kepala aku sendiri Laura terpelanting dari tangan Ayie. Aku masih lagi dalam kereta tercengang. Masa orang ramai berkerumun kat Ayie dan Laura pun aku masih lagi tergamam dalam kereta.

Aku turun kereta dengan langkah lemah. Aku tergamam tengok darah penuh seluruh tubuh Laura tak tau dari mana datangnya. Orang ramai angkat Ayie dan Laura masuk kedalam klinik. suasana kucar kacir sebentar. Sementara aku biarkan kereta Tiara berlalau selepas melanggar Ayie dan Laura, aku masih lagi terdiam.

Kereta peronda tiba. Aku masih lagi terdiam. Suara-suara orang ramai yang menceritakan kepada pegawai peronda tu bahawa sebuah BMW warna hitam yang tak dapat dilihat no plat pendaftarannya dengan jelas telah melanggar Ayie dan Laura dan terus melarikan diri. Aku terduduk. Aku terkenangkan Laura dan Ayie. Juga terkenangkan Tiara yang baru memboloskan diri sebentar tadi…

Advertisements

Blog at WordPress.com.